Showing posts with label Tips. Show all posts
Showing posts with label Tips. Show all posts

Tips Menaiki Tangga Yang Tinggi


Sebelum naik ke tangga yang tinggi itu, korang perlu redha bahawa tangga itu memang tinggi dan fakta ini takkan berubah sampai bila-bila. Kalo korang menyumpah seranah pon tangga tu tetap kena naik kan? Takde kren berdekatan nak angkut korang naik ye.



Stabilkan diri, pastikan berat kiri dan kanan korang seimbang. Pegang barang di tangan dengan keadaan yang paling selesa. Kalo sebelah kiri pegang 3 bungkus mee sup, sebelah kanan boleh pegang lagi 3 bungkus mee hailam.



Sebaik sahaja melangkah kaki ke anak tangga pertama, tunduk ke bawah untuk melihat tangga. Selain daripada mengelakkan korang terjatuh dan tergolek ke bawah, ini juga adalah cara untuk men-psiko diri sendiri.



Jangan sesekali mendongak ke atas. Hal ini hanya akan melunturkan semangat korang dan membuatkan anda berganda-ganda penatnya. Sebabnya, nanti kalo dah pandang atas, korang akan nampak tangga tu bapak tinggi lagi. Tunduk je, selagi ada tangga tu panjat je la.



Atur langkah dengan ayu, jangan naik tangga tergesa-gesa. Kelajuan menaiki tangga mestilah sama sepanjang masa. Bayangkan bahawa badan korang ringan seperti kapas. Ok, over plak. Ringan seperti buah durian. Buah durian yang kental di luar, berlemak di dalam. Haha.



Mengikut pengalaman hari-hari menaiki tingkat 5, aku akan give up dan mendongak ke atas bila sampai di tingkat 4. Tapi masa kat tingkat 4 tu aku tengok atas, tangga dah tinggal suku-suku terakhir ja. Jadi nak berlari naik terus pon boleh.



Sesampainya di atas, serious aku tak de la semput sangat. Penat memang la tapi cukup nafas lagi. Bila masuk umah, tak yah la sampai tergolek setengah jam. Aku baru discover tips ni sejak duduk di kayangan ni. Apa yang penting, first step kena redha. Dalam semua hal pon macam ni kan.



Tips Melayan Tetamu Ketika Mak Takde Kat Rumah


  1. Jemput masuk. Pastikan diorang bukak kasut.
  2. Lepas 2 minit, jemput duduk.
  3. Pegi dapur panaskan air. Biar diorang lepak jap.
  4. Tanya tetamu nak air ape. Macam kat rumah aku sume 3 in 1. Ada milo, cappucino, alicafe, horlicks dan air kosong.
  5. Tak payah tanya nak sejuk ke panas. Kalo diorang nak air sejuk, jenuh la kau nk ketuk2 ais.
  6. Pastu pegi dapur balik dan buat air dalam cawan2 je. 3 in 1 ni senang.
  7. Untuk memenuhi masa lapang, tak payah hidang pakai dulang. Kau angkat air tu 2 cawan demi 2 cawan.
  8. Bila dah hidang cawan terakhir tu, jemput la diorang minum.
  9. Pastu masuk dalam bilik jap. Kol la mak kau suh balik cepat.
  10. Keluar bilik, cakap kat tetamu sekalian yang jap lagi mak balik.
  11. Pegi dapur cari kerepek pape, susun dalam pinggan cantik2 pastu hidang la.
  12. Jemput makan plak. Cakap siap2 itu je yang ade kat rumah ni.
  13. Pegi bilik air dan buat la pape yang patut. Asalkan dengar bunyi air tu.
  14. Kol mak kau lagi skali tanya die dah kat mana.
  15. Bila mak cakap dah nak sampai, kluar rumah, tunggu kat luar mcm askar terpacak tu.
  16. Tatkala nampak je kete mak masuk simpang, itu lah saat yang paling bahagia untuk hari itu.

16 tips ini baru saja aku praktikkan petang tadi. Dan ianya terbukti berjaya. Huahahaha(^^,)




nota : terasa lawak lalu tempek kat bawah ni.


Tips To Always Go To Class

I am currently sitting at the corner of my room with my 12 inch super hot HP Tablet PC. I really sit on ass at the corner ok! It's not like I try to write a poem this time.

Today I want to give you a tip on how not to skip your classes. You must have at least an inspiration. As for myself, I have two inspirations and every morning (afternoon pon boleh juge) I wake up with a very bright smile on my face (a.k.a menguap besar). My inspirations are known as Inspirasi 1 and Inspirasi 2.

Your inspirations can have a certain grade. Lets us look at the diagram below.



You may have a different analysis from this. But since then, I never skip a class yet. Haha (^^,)

Ouh! I have a tutorial class right now. Got to go =)



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...